20110319

lepas.

setiap malam pun mimpi orang yang sama.setiap hari pun ratap kubur yang sama.setiap jam termenung dengan hal hal yang sama.

sambil tengok wayang
sambil pegang tangan
sambil pau air
sambil jeling si mak endah
sambil gelak besar dalam kereta
sambil pucat muka nampak polis
sambil aku pilih baju
sambil kau terpacak pegang dompet
sambil aku merengek
sambil tunggu kau hisap rokok
sambil kacau kau pandu lalu
sambil perkenalkan pada keluarga
sambil dengar kau membebel
sambil dengar aku mengomel
sambil tunggu kau datang
sambil pikir nak pergi mana
makan apa
lepas ni nak buat apa
mamak ke melayu,kau akan tanya
sambil cubit pipi
sambil tangan merayap ke dada
sambil aku gigit
sambil gosip
sambil kutuk gaxi
sambil puji seksiovari
sambil hantar pesanan ringkas pada ibu
'ibu,along otw balik'
sambil itu
sambil ini
sambil tarik selimut
sambil berjanji mahu sehidup semati
sambil tengok tivi
sambil aku berlari lari masakkan kau sesuap nasi
sambil kau plan itu dan ini.
sambil cakap aku rindu
sambil cakap kau penipu
sambil beritahu yang aku ini sangat pilu


sambil sambil yang aku tak pernah tahu,
itu semua palsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan