20110409

kdg kdg

rambut dia sekarang dah tak nipis lagi.dia biarkan rambut dia tebal.
senyum pun macam di buat buat.
ada rasa getar dalam hati dia mungkin.
funfries yang dulu kita kunyah sampai licin,sikitpun tak di usik.
malam ini hujan.
dulu meja kita paling bising,sekarang orang lalu pun dah tak jeling.
mak endah pasti tertanya tanya mana pergi hilaian tawa kita.
bukan hanya mak endah,
semua orang bertanya mana pergi pacaran paling gila.

ada rindu di hujung jiwa aku.
masih ada.

20110407

konklusi.

tak adil kau rumus aku guna mata,bukannya jiwa.

jahat.

putar.

semuanya menjadi serba tak kena dan salah faham.

mungkin ayat aku yang makin berbelit atau aku terlalu straight.

mantan.

-teman aku makan?untuk yang terakhir.
-baik.kita pergi makan.


Senyap.Sunyi.Sejuk.Sepi.
yang kedengaran hanyalah bunyi wiper yang bergerak laju dan lagu lagu yang seakan akan memerli hati kita.kau pandang depan.aku pandang tepi.Sunyi.
sekeliling kita bersangkar pacaran yang ketawa dan ketawa.sama seperti kita.Dulu.

-take care.maybe kau takkan jumpa aku dah lepas ni.
-semoga berjaya :)

kita berdua.Hati kita.Jiwa kita.Senyum tawa kita.dan semuanya tentang kita.sangat istimewa.
mujurlah.mujurlah.mujurlah malam itu kau dan aku sama sama kebal dan tebal.mujurlah.kita takkan jatuh lagi.

kau,
jaga diri.aku pasti jumpa kau lagi.cuma kali itu.kita lebih sama sama berdikari atas kaki sendiri :)

20110321

waktu

kalaulah saya punya lebih waktu
untuk lebih masa intai hati awak.
untuk lebih masa faham semua tentang awak.
pasti kita sudah ke fransisco
atau berjuntai di tembok taj mahal
dan menjerit di atas awan keliling langit
atau mungkin juga
kita sedang tindih menindih
sambil tangan meliar dan kaki menggesel.

permintaan

alangkah indahnya
jika kau lebih bersabar.
dan bertahan sedikit saja lagi untuk kita.

sebelum aku memulakan langkah.

20110320

we plan.

i saw you on your cousin wedding vid.
and im crying

yes i am.

thank you.

20110319

lepas.

setiap malam pun mimpi orang yang sama.setiap hari pun ratap kubur yang sama.setiap jam termenung dengan hal hal yang sama.

sambil tengok wayang
sambil pegang tangan
sambil pau air
sambil jeling si mak endah
sambil gelak besar dalam kereta
sambil pucat muka nampak polis
sambil aku pilih baju
sambil kau terpacak pegang dompet
sambil aku merengek
sambil tunggu kau hisap rokok
sambil kacau kau pandu lalu
sambil perkenalkan pada keluarga
sambil dengar kau membebel
sambil dengar aku mengomel
sambil tunggu kau datang
sambil pikir nak pergi mana
makan apa
lepas ni nak buat apa
mamak ke melayu,kau akan tanya
sambil cubit pipi
sambil tangan merayap ke dada
sambil aku gigit
sambil gosip
sambil kutuk gaxi
sambil puji seksiovari
sambil hantar pesanan ringkas pada ibu
'ibu,along otw balik'
sambil itu
sambil ini
sambil tarik selimut
sambil berjanji mahu sehidup semati
sambil tengok tivi
sambil aku berlari lari masakkan kau sesuap nasi
sambil kau plan itu dan ini.
sambil cakap aku rindu
sambil cakap kau penipu
sambil beritahu yang aku ini sangat pilu


sambil sambil yang aku tak pernah tahu,
itu semua palsu.

20110124

plan B

Si teman lelaki,yang tidak pernah rasa puasnya pada teman wanita kesanyangan nya.dan tidak akan pernah puas.lalu menoleh ke arah wanita lain,yang lebih tersembul teteknya.yang licin ovarinya.yang petah hebat blog nya dan yang rambut nipis di tepinya.dan termasuklah bekas bekas kekasih basi lamanya.yang sanggup bergayut mengalahkan monyet kempunan pisang.

si teman wanita,mula  mengatur plan B.



untuk sama sama curang atau untuk terus kekal.


pilih.

20110115

bidadari siber.

turun satu bidadari.hati bersih.bibir senyum.matanya sepet.lagaknya seperti puteri dr langit ke lapan.

lalu,di lurutkan tangan nya di belakang ku.

akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki.bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.

lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.


jangan di gusarkan apa yang ada di hujung pelangi,jangan di tunggu pelangi pergi.sesungguhnya,setiap yang di kerjakan,tuhan pasti membalasnya.kuncinya hanya sabar.


bidadari siber.TERIMA KASIH ya,ini betul betul membantu.berhenti melurut.lihat aku,senyum simpul :)

arca-luf

cara kita melepaskan perasaan,dah terkeluar dari arca selesa.

makin kasar makin cinta.

aku terbiasa!!

katil

apa benar,aku tidak menepati permintaan hubungan?

biar aku yang salah
biar aku yang rebah
biar aku yang retak

asal kau senang.
teman aku malam ini.ranjang kita aku tak mahu tak terisi.

pls.

20110106

L

dan macam radit dan jani.
lagi lebam lagi sayang kan?