20110124

plan B

Si teman lelaki,yang tidak pernah rasa puasnya pada teman wanita kesanyangan nya.dan tidak akan pernah puas.lalu menoleh ke arah wanita lain,yang lebih tersembul teteknya.yang licin ovarinya.yang petah hebat blog nya dan yang rambut nipis di tepinya.dan termasuklah bekas bekas kekasih basi lamanya.yang sanggup bergayut mengalahkan monyet kempunan pisang.

si teman wanita,mula  mengatur plan B.



untuk sama sama curang atau untuk terus kekal.


pilih.

20110115

bidadari siber.

turun satu bidadari.hati bersih.bibir senyum.matanya sepet.lagaknya seperti puteri dr langit ke lapan.

lalu,di lurutkan tangan nya di belakang ku.

akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki.bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.

lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.


jangan di gusarkan apa yang ada di hujung pelangi,jangan di tunggu pelangi pergi.sesungguhnya,setiap yang di kerjakan,tuhan pasti membalasnya.kuncinya hanya sabar.


bidadari siber.TERIMA KASIH ya,ini betul betul membantu.berhenti melurut.lihat aku,senyum simpul :)

arca-luf

cara kita melepaskan perasaan,dah terkeluar dari arca selesa.

makin kasar makin cinta.

aku terbiasa!!

katil

apa benar,aku tidak menepati permintaan hubungan?

biar aku yang salah
biar aku yang rebah
biar aku yang retak

asal kau senang.
teman aku malam ini.ranjang kita aku tak mahu tak terisi.

pls.

20110106

L

dan macam radit dan jani.
lagi lebam lagi sayang kan?

20101226

gam

kali ini,
kena sedar dan pastikan ianya segar.

20101223

AA





-jangan kau rosakkan hati kau.tak elok




 kalau kau tak kejotkan aku malam tu.mungkin sampai sekarang aku masih tidur.

20101221

explain

tak semua perkara kita boleh jelaskan.


jadi,biar.

20101219

imy

aku buat kerja bodoh semalam.bodoh tahap bodoh punya.
tak patut aku rendahkan diri aku sampai macam tu sekali.
dan kau tak patut dapat kata kata tu semalam.
bukan lagi.


sesal.
sesal gila.

20101214

out.

 
 i miss you

20101213

palsu rupanya

cuba lihat atas.atas lagi.perhatikan warna langit di atas tadi.mendung bukan?cuba dongak lagi.makin gelap kan?tunggulah seminit dua.pasti angin halilintar semua akan sama sama datang.dan kemudian air hujan turun dengan selebat lebatnya.turun basah kan kita.angin,ribut petir sama sama ada.dan akan terus ada.

samakan apa yang terjadi tu tadi dangan apa yang aku rasa sekarang.walaupun di akhirnya akan cerah.hujan akan berhanti.ribut dan petir akan penat.dan munculnya pelangi.yang sebenarnya tak sampai seminit dua pun terangi hati.

aku buta.tak nampak sebenarnya dari awal lagi pelangi punya banyak warna.punya banyak agenda.dan punya banyak hati.

20101207

berat



ianya sangat berat.

20101206

7bulan

mungkin.

kau belum rasa.dengan aku.mungkin belum lagi.
masa itu kejam.suka buat kita tunggu.

berbaloi atau tidak.
cinta bukan sesuatu yang mudah,buat aku.

kadang kadang,kita terpaksa lepaskan sesuatu yang sangat berat untuk kita lepaskan.
bukan sebab cinta itu hilang.

tapi sebenarnya untuk kita ambil peluang.

peluang yang selama ini hilang.


ambil peluang yang aku beri,untuk sama sama kita cari apa yang hilang selama ini.
ada jodoh,kita jumpa lagi.

20101118

angkasa

lately kerap hujan dan ribut.

benarlah ada ribut,bagi aku.




mungkin dia dapat beri apa yang aku tak mampu beri.

20101113

mimpi ngeri

selepas enam hari,

dibiarkan si puteri tidur tak beralas lengan.
tak berselimut pelukan
tak bermimpikan senyuman
dan dingin tanpa sentuhan

sepanjang malam,
menangis keretakan


~ranjang kita kosong,
bantal awak masih elok letaknya tak terusik.
takot takot kalau baunya hilang nanti
jadi lebih enak di biarkan....~

angin pun tak berani menyapa,
hati pun tak sanggup mencela,
maka,dibiarkan saja.
tunggu sampai ke tua,cinta.

setelah enam hari,mimpi ngeri dah pergi.(dan tolong?jangan datang lagi.aku naik benci)

malam ini,hati bersorak seri.

20101108

tidur

semua yang kau ada

bau badan kamu
senyuman manis kamu
sewaktu tanganmu merayap nakal di dalam baju dalam ku
lawak bodoh kamu
pelukan tenang kamu
cubitan jeritan kamu
ciuman secomel kamu
carutan carutan dosa kamu
sewaktu betapa licinnya pinggan makan kamu

dan segalamacampahitmanis yang ada pada kita

aku bawa sampai ke tidur

sampai ke tidur.

20101106

.

 tak tahu macam mana nak beritahu kau apa jenis prasaan ni.






aku tak tahu

20101026

kapal layar

hati aku tak pernah berubah
cinta aku tak pernah goyah

tapi aku perlu teruskan hidup.
bukan mudah
bukan mudah

ribut taufan berkecamuk dalam hati

maka
berputar lah laut,
bergaung lah langit,
berdentum lah bumi,
 berpusinglah paksi

paksi yang tak pernah kau hargai.

20101022

ggrrr

u'r so adorable
im going to kill you
*bangggg*

20101014

ujikaji tuhan

*menangis*

*menangis*

*menangis*

beritahu aku apa ada nama lain untuk aku lantangkan yang aku sedih?
mari sini.lihat wajah dinginku.sentuh setiap inci kulit mulusku.
apa ada nama lain untuk kau ungkapkan selain palsu?

*menangis*

*menangis*

*menangis*

tuhan,ujian apa lagi kau campakkan ke aku?
sialan apa lagi aku harus telan?
apa lagi tuhan?
apa lagi?

cukup cukuplah.jiwa aku dah sempit dengan hingus,tolong.