20101118

angkasa

lately kerap hujan dan ribut.

benarlah ada ribut,bagi aku.




mungkin dia dapat beri apa yang aku tak mampu beri.

20101113

mimpi ngeri

selepas enam hari,

dibiarkan si puteri tidur tak beralas lengan.
tak berselimut pelukan
tak bermimpikan senyuman
dan dingin tanpa sentuhan

sepanjang malam,
menangis keretakan


~ranjang kita kosong,
bantal awak masih elok letaknya tak terusik.
takot takot kalau baunya hilang nanti
jadi lebih enak di biarkan....~

angin pun tak berani menyapa,
hati pun tak sanggup mencela,
maka,dibiarkan saja.
tunggu sampai ke tua,cinta.

setelah enam hari,mimpi ngeri dah pergi.(dan tolong?jangan datang lagi.aku naik benci)

malam ini,hati bersorak seri.

20101108

tidur

semua yang kau ada

bau badan kamu
senyuman manis kamu
sewaktu tanganmu merayap nakal di dalam baju dalam ku
lawak bodoh kamu
pelukan tenang kamu
cubitan jeritan kamu
ciuman secomel kamu
carutan carutan dosa kamu
sewaktu betapa licinnya pinggan makan kamu

dan segalamacampahitmanis yang ada pada kita

aku bawa sampai ke tidur

sampai ke tidur.

20101106

.

 tak tahu macam mana nak beritahu kau apa jenis prasaan ni.






aku tak tahu

20101026

kapal layar

hati aku tak pernah berubah
cinta aku tak pernah goyah

tapi aku perlu teruskan hidup.
bukan mudah
bukan mudah

ribut taufan berkecamuk dalam hati

maka
berputar lah laut,
bergaung lah langit,
berdentum lah bumi,
 berpusinglah paksi

paksi yang tak pernah kau hargai.

20101022

ggrrr

u'r so adorable
im going to kill you
*bangggg*

20101014

ujikaji tuhan

*menangis*

*menangis*

*menangis*

beritahu aku apa ada nama lain untuk aku lantangkan yang aku sedih?
mari sini.lihat wajah dinginku.sentuh setiap inci kulit mulusku.
apa ada nama lain untuk kau ungkapkan selain palsu?

*menangis*

*menangis*

*menangis*

tuhan,ujian apa lagi kau campakkan ke aku?
sialan apa lagi aku harus telan?
apa lagi tuhan?
apa lagi?

cukup cukuplah.jiwa aku dah sempit dengan hingus,tolong.

20101013

kakikerbau

kau sangat manis.
sangat disayangi orang orang kegemaran.

aku tak pernah tahu apa kau rasa.
bukan tak pernah nak cuba tapi aku memang tak pernah nak ada magic tu.
macam yang lama lama yang kononnya sama sama rasa apa kau rasa.
yang lantangnya berkata nasib kau dan mereka sama.

tapi asal kau kena tahu,
walau beribu hati rasa apa kau rasa.
walau ramai yang hantar berbagai pesanan ringkas berbaur goda

kau kena tahu,
aku sentiasa ada <3


sampai bila bila sayang.

20101006

si bodoh dan pari pari celaka

si bodoh dan pari pari celaka.

pagi itu aku bangun.
pandang kiri nampak dia.

aku bangun pandang cermin.
lihat kiri masih nampak dia.

aku lihat wajah sendiri dalam cermin.
pandang lama lama.
pandang dalam dalam.
tak nampak apa.

aku masih bangun
lihat luar jendela.
melilau lilau anak mata
masih tak nampak apa.

aku diam.
aku tunduk.
pusing belakang.
masih nampak dia.

*senyum*

20101005

provok

mana dia air likat berwarna putih yang kau buangkan dulu.
aku mahu simpan jadikan kenangan.

20101003

kekasih lama.

bila melihat dia sibuk melayan hati hati bunga yang lainnya,
mengapa harus tergugat dengan yang lama?

kerana baginya,mereka semuanya sama.

20101001

tegang

kau boleh datang bila bila sayang.

tambah tambah ketika setiapnya menegang.
biasalah,aku kan tempat kau bertandang.

selepas itu kau boleh pulang.

20100930

rindu okay.

rindunya saat saat kita bertelanjang di pulau dulu kan.
rindunya saat saat kita dikelilingi tumbuhan dan haiwan yang bikin kita berpeluh kan.
rindunya saat saat kita berdua di tepi tasik yang kaku kan.
rindunya saat saat kita ditahan sang kuasa yang menghalau kita di tepi jalan kan.
rindunya saat saat  kita berjengket masuk di pondok buruk kita kan.

ironiknya,mereka senyum untuk kita di dunia yang kita tak pernah kenal mereka.

rindu
rindu
rindu!!

dan aku paling rindu setiap kali kau gelakkan aku terbelok salah sayang dan bila buka mata,kau ada :)

life its about u and me,not them.

dan kita pun terusik dengan pancaroba.
dan kita pun tergadah dengan setiap ujian.
dan kita pun tercuit dengan setiap tekanan.
maka semuanya berantakan.

apa lagi yang palsu selain janji?
apa lagi yang agung selain cinta?
dan siapa lagi yang bisa memberi kita kekuatan yang kita punya?

kita cuma punya kita.

kita cuma punya dunia cinta yang kita sendiri cipta.
kita cuma punya si gila dan si bodoh yang kita bawak ke mana mana.

*senyum*

flashback

aku dapat rasa kau,kau dapat rasa aku.itulah cinta.kau rasa kan jantung aku semalam.yah,laju.itu bererti cinta aku jujur.kita tempuh semuanya bersama sama.pegang tangan aku dan jangan tinggalkan aku =limabulanlepas.

20100929

lunatic


aku tidur sambil peluk seluar merah corak pantai kamu.

obsess kan aku?

terus hidup

kehilangan itu menyakitkan.kehilangan sama seperti kematian.terus hilang dan sunyi.

jadi aku bertanya,kepada dia.

*bagaimana mahu lupakan itu?

=lupakan apa?

*kesedihan.

=jangan.terus bersedih.

*tapi kenapa?

=kerna,kalau kau berhenti pada kesedihan,kau akan lupakan dia.kau akan lupakan cinta.cinta yang paling agung pernah kau ada.cinta paling berat untuk kau lepaskan.dan cinta yang selalu akan bikin jiwa kau hidup.jadi,jangan behenti pada kesedihan,supaya besok,aku bisa lihat kau hidup.

20100917

brangelina

mungkin cara kita bertemu di landasan yang salah
mungkin cara kita senyum bukan pilihan yang tepat
mungkin cara kita bersentuhan meremukkan pemikiran'
mungkin juga cara kau dan aku bersatu bukan pilihan keadaan.

tapi,
cinta yang ada pada kita.
bukan satu kesalahan.

sampai tua,sampai matilah cinta kita.amin

L

sekarang baru aku nampak kau benar benar cinta sayang.
kau dah bawa aku sejauh ini.

20100914

tahun pertama

aku bangun,
mandi,
dan masuk bilik.
duduk di satu sudut.
paling jauh di hujung bilik.
diam
dan
menangis.

takbir raya kali ini agak janggal.
mungkin tahun depan aku akan normal kembali.
amin